Bila ada orang meninggal dunia... terutamanya orang yang kita kenal, pasti kita rasa sedih kan? Tapi selain sedih, aku rasa SUNYI sangat. Sunyi yang aneh...tak dpt nak diceritakan dengan kata2... walaupun di sekeliling kita riuh rendah tapi rasa sunyi tu benar2 mencengkam.
Kenapa ye aku rasa sunyi macam tu? Takkanlah aku tak dapat nak terima hakikat..? Bukannya aku anak2 taska, belum faham bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati. Tapi....
Ye lah...semua orang pun faham tapi semua orang tetap juga sedih, tetap juga menangis....
Sedih bukan kerana KEMATIAN si arwah sebenarnya... tapi KEHIDUPAN kita selepas itu tanpanya. Sedih kerana kita sedar bahawa kita tak dapat lagi berjumpa dengannya. Tak dapat lagi nak tengok dia... dengar suara dia... Semuanya tak akan sama lagi... Saat2 beginilah kita perlu sangat seseorang di samping kita. Rasa sunyi ini tak patut dibiarkan berlarutan.
Hmmm... siapalah yang aku ada untuk menemani aku setiap masa? Masing2 ada kehidupan sendiri... ada tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Apa yang pasti aku perlu kuat. Hendak atau tidak....aku HARUS kuat! Itulah saja caranya....
Sementara itu, biarlah aku menangis.
Saturday, November 12, 2011
Sunyi Yang Aneh
Posted by angsa kayangan at 1:23:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment