Apa korang rasa bila korang teringat sgt kat seseorang & teringin nak berjumpa... tiba2 korang diberitahu yg org tersebut dah tiada! Dah pergi buat selama-lamanya!
Rasa macam gugur jantung. Tak percaya! Sukarnya untuk menerima hakikat. Itu yg aku rasa.... itu yg buat airmataku masih belum berhenti mengalir.
Aku kenal ABAH ketika aku bercinta dgn A.H...
A.H anak angkat abah. Abah syg dia mcm anak sendiri. Lama2 kami jadi mesra. Abah (& mama) anggap akupun mcm anak dia juga. Secara tak langsung aku dapat ayah & mak angkat.
Abahlah saksi kpd percintaan aku dgn A.H. Abah juga saksi kpd setiap titis airmata aku yg gugur (Ish.... aku taknak ingat pasal kisah cinta aku. Aku cuma nak mengingati abah!)
Selepas A.H pergi & tak balik2(ku panggil dia ARWAH)...aku jadi renggang dgn abah. Entah sebab apa? Mungkin sebab aku tak sanggup nak jumpa abah. Bila jumpa je, takde hal lain yg kami sebutkan..... selain pasal ARWAH(ternyata abah juga rindu sgt kat ARWAH).Atau mungkin juga aku terlalu melayan kesedihan sendiri.... hingga aku mengabaikan org sekeliling(termasuk abah). Ntahlah?
Abah tak pernah lupa ucap kat aku ketika tiba tarikh/hari2 penting.Kalau tak telefon abah akan sms. Begitu juga kalau aku lama 'menyepi'. Abah akan bagitau, dia rindu nak jumpa aku... dan aku akan pergi jumpa abah.
Tapi tahun ni abah senyap.... nak puasa takde ucapan, raya pun abah takde telefon atau sms. Aku agak abah mesti berjauh hati dgn aku. Aku abaikan aje, dan berkata dlm hati...."nantilah bila senang aku akan pergi rumah abah".
Pernah sekali lepas raya puasa,aku telefon abah, nak tanya abah ada kat rumah tak....tapi tak dapat. Lepas tu aku dah tak ingat nak telefon semula.....
Sampailah raya haji baru2 ni. Aku terasa rindu sgt nak jumpa abah. Tapi aku balik kampung berkumpul dgn adik-beradik & sanak saudaraku. Hasrat nak jumpa abah ku pendamkan dulu. Semalam aku telefon abah.... masih juga tak dapat. Mungkin abah dah tukar nombor telefon? Aku cuba telefon & bertanya seseorang yg kenal aku & abah.... jawapan yg aku terima?
"...abah awak? Haji Sharif??? Laaaaaa..... tak tau ke? abah awak dah takde....4puasa hari tu...."
Astaghfirullah!!! Kenapa takde siapa bagitau aku? Sampainya hati semua orang. Memang aku takde apa2 pertalian darah dgn abah. Tapi aku anggap dia abah.....aku panggil dia ABAH.
Macam tak percaya yg aku dah takkan dapat jumpa abah lagi!!!
Abah dah takde. Abah dah pergi buat selama-lamanya. Dan aku hanya tahu selepas 3 bulan? Aku tak dapat tengok abah buat kali terakhir pun. Salah aku! Aku yg terlalu lama tak bertanya khabar abah. Menangis airmata darah sekalipun dah tak ada gunanya.
Abah...bila abah dah takde...baru saya sedar, saya sayang abah! Ampunkan saya abah...halalkan makan & minum saya selama ni. Damai dan tenanglah abah di sana...
AL-FATIHAH

0 comments:
Post a Comment