Terasa nak sangat menulis kat sini...tapi takde cerita menarik pun. Iyalah pulak...aku bukan selebriti hik hik hik...kalau retis tu bolehlah bajet2 ada cerita menarik kan? Walauponnnnnn... haha. Takpelah tak menarik bagi orang lain tapi menarik sangat bagi aku... (blog syok sendiri katanye... ).
2 hari lepas, masa aku tekun bermuka buku tiba2 ada org yg aku tak kenal inbox... tengok pada IDnya memang aku tak tau sape... tapi aku kan tekun,aku pun setadilah mesej tu. Ya Rabbi.... kawan aku 18 tahun dulu....masyaAllah! Dah hampir 15 tahun aku tak jumpa dia. Lepas berkawan baik kira2 setahun...aku ke Penang masuk kolej. 2-3 tahun tu kita orang masih berhubung...lepas tu makin renggang. Masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri kut. Akhir sekali yang aku tahu dia dah berhijrah ke Selangor, dapat kerja kat sana.
Seronoknya bila jumpa kawan lama... boleh bercerita semula kisah2 dulu. (Ina...Ina... ko ingat lagi kat akak rupanya?) Hmmmm... aku ingat selama ni Ina dah lupa aku, dah tak kisah pun pasal aku. Rupa2nya Ina masih ingat semua kisah2 dulu....bila cerita balik,luculah pulak. Aku takkan lupa, sebab Ina adalah salah sorang kawan yang banyak simpan rahsia aku... yang sama2 menangis bila aku sedih... (Kan bagus facebook?? Boleh dapat kawan2 baru... dan jumpa semula kawan2 lama. Yang jadi tak baik tu bila kita sendiri yang menjurus ke arah perkara2 yang tak baik)
Ina dah kawin 7 tahun dulu, masa tu dia ada hantar kad ke tempat kerja aku tapi aku pulak dah pindah. 7 tahun kawin tapi belum ada rezeki nak dapat anak... "ini bahagian Ina kak... dah jumpa doktor tapi doktor cakap takde masalah, semua normal". Hmmmm...aku terpaksa setuju dengan kata2 Ina tu... tu bahagian dia, bahagian aku pulak?
Inilah kehidupan, inilah namanya dugaan... dan aku tetap percaya bahawa Allah takkan uji apa yang hambaNya tak berdaya.
Friday, November 18, 2011
Kawan Lama
Posted by angsa kayangan at 11:08:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment