Orang lain sibuk berFB, aku pun sibuk gak berFB....hahaha. Mula2 buka akaun je tapi tak layan online2 ni... tak paham pun ntah apa wall, ntah apa status, apa pulak post. Paling aku tak paham poke dan like....ish3.... memang mengarut! (masa tu la).
Lepas setahun lebih, apa jadi? Haaa.....hambekkk!!! Ketagih nak berFB... siang malam kata ko! Bak kata kawan FB aku..."berFB sampai lebam" hahaha... Ramailah jugak dapat kawan2 baru, adalah dalam 10 orang yang betul2 sekepala... boleh merapu meraban dan tahan lasak! Yang lain2 tu sekadar meramaikan friendlist ajelah (psttt....yg takde semangat 'kesukanan' pun ada...siap block tu...kih kih kih). Tak sporting mintak mahap k... kalau ko tak block aku, aku yang akan block ko. Tak kiralah kalau ko retis ke...opps!ngeee...
Kelakar tau kawan2 FB nih...macam2 peel ada. Yang suka bermadah... yang suka post lagu... yang suka hapdet gambar2 (goreng belacan tauge pun hapdet?) Gasak la asal bahagia dan tak ganggu ketenteraman orang lain....haha. Tapi yang suka tag gambar tu aku kurang berkenan sikit... yang aku tak berkenan banyak pulak, yang suka add aku ke group yang ntah apa2.
Tapi...tapi...tapi... yang aku paling TAK TAHAN... bila ada yang tak paham cerita. Tak tau ujung pangkal nak menyampuk (huh!tolonglah...). Lepas tu nak sound kita sesuka ati atuk tiri laki dia? Memang sah BINGAI la!!! Orang nak berFB ko nak berFB... orang bergurau ko nak ambil serius. Siap boleh bagi tazkirah pulak tu? Buat orang ketawa guling2 je...hehehe. Siasat punya siasat rupa2nya... pompuan tu SOT....waaaakaka. (Harap maklum...aku tak sebut nama sape2 ek).
Syukurlah, sampai hari ni FB ni tak memudaratkan aku... sebab aku bukanlah fanatik sangat. Pernahlah jugak online sampai 3-4 pagi... tapi itu memang masa aku susah nak tidur. Kalau dah mengantuk, baik aku membuta dari berFB...biarpun siang2 hari...hehehe.
Episod paling seronok bila aku dapat berjumpa buat pertama kali dengan kawan2 FB aku. Bila diingat2 balik, kelakar pun ada. Gila...tengah orang ramai boleh menjerit...hahaha. Lepas tu berjumpa lagi 2-3 kali... tapi sekarang ni dah lama tak jumpa. Bukan tak nak... masa yang tak mengizinkan. Semua sibuk dengan tanggungjawab masing2. Apa yang penting... persahabatan tu tak putus. Kat FB tetap 'berjumpa'.
Walau apa pun, kenalah terima hakikat jugak kan... sesuatu fenomena tu ada 'skala'nya. Sesuatu yang panas tu akan jadi suam. Sedangkan air laut pun ada pasang surutnya. Lama2 nanti orang dah tak minat nak berFB... dan masa tu ntah apa laman sosial lagi yang akan wujud (teringat kat kawan FB ku lagi... SOSIAL takpe katanya, jangan SO... SIAL) hahaha.... ada2 je!
Friday, November 18, 2011
BerMUKA BUKU takpe jangan bermuka tak malu
Posted by angsa kayangan at 11:50:00 AM 0 comments
Kawan Lama
Terasa nak sangat menulis kat sini...tapi takde cerita menarik pun. Iyalah pulak...aku bukan selebriti hik hik hik...kalau retis tu bolehlah bajet2 ada cerita menarik kan? Walauponnnnnn... haha. Takpelah tak menarik bagi orang lain tapi menarik sangat bagi aku... (blog syok sendiri katanye... ).
2 hari lepas, masa aku tekun bermuka buku tiba2 ada org yg aku tak kenal inbox... tengok pada IDnya memang aku tak tau sape... tapi aku kan tekun,aku pun setadilah mesej tu. Ya Rabbi.... kawan aku 18 tahun dulu....masyaAllah! Dah hampir 15 tahun aku tak jumpa dia. Lepas berkawan baik kira2 setahun...aku ke Penang masuk kolej. 2-3 tahun tu kita orang masih berhubung...lepas tu makin renggang. Masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri kut. Akhir sekali yang aku tahu dia dah berhijrah ke Selangor, dapat kerja kat sana.
Seronoknya bila jumpa kawan lama... boleh bercerita semula kisah2 dulu. (Ina...Ina... ko ingat lagi kat akak rupanya?) Hmmmm... aku ingat selama ni Ina dah lupa aku, dah tak kisah pun pasal aku. Rupa2nya Ina masih ingat semua kisah2 dulu....bila cerita balik,luculah pulak. Aku takkan lupa, sebab Ina adalah salah sorang kawan yang banyak simpan rahsia aku... yang sama2 menangis bila aku sedih... (Kan bagus facebook?? Boleh dapat kawan2 baru... dan jumpa semula kawan2 lama. Yang jadi tak baik tu bila kita sendiri yang menjurus ke arah perkara2 yang tak baik)
Ina dah kawin 7 tahun dulu, masa tu dia ada hantar kad ke tempat kerja aku tapi aku pulak dah pindah. 7 tahun kawin tapi belum ada rezeki nak dapat anak... "ini bahagian Ina kak... dah jumpa doktor tapi doktor cakap takde masalah, semua normal". Hmmmm...aku terpaksa setuju dengan kata2 Ina tu... tu bahagian dia, bahagian aku pulak?
Inilah kehidupan, inilah namanya dugaan... dan aku tetap percaya bahawa Allah takkan uji apa yang hambaNya tak berdaya.
Posted by angsa kayangan at 11:08:00 AM 0 comments
Saturday, November 12, 2011
Sunyi Yang Aneh
Bila ada orang meninggal dunia... terutamanya orang yang kita kenal, pasti kita rasa sedih kan? Tapi selain sedih, aku rasa SUNYI sangat. Sunyi yang aneh...tak dpt nak diceritakan dengan kata2... walaupun di sekeliling kita riuh rendah tapi rasa sunyi tu benar2 mencengkam.
Kenapa ye aku rasa sunyi macam tu? Takkanlah aku tak dapat nak terima hakikat..? Bukannya aku anak2 taska, belum faham bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati. Tapi....
Ye lah...semua orang pun faham tapi semua orang tetap juga sedih, tetap juga menangis....
Sedih bukan kerana KEMATIAN si arwah sebenarnya... tapi KEHIDUPAN kita selepas itu tanpanya. Sedih kerana kita sedar bahawa kita tak dapat lagi berjumpa dengannya. Tak dapat lagi nak tengok dia... dengar suara dia... Semuanya tak akan sama lagi... Saat2 beginilah kita perlu sangat seseorang di samping kita. Rasa sunyi ini tak patut dibiarkan berlarutan.
Hmmm... siapalah yang aku ada untuk menemani aku setiap masa? Masing2 ada kehidupan sendiri... ada tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Apa yang pasti aku perlu kuat. Hendak atau tidak....aku HARUS kuat! Itulah saja caranya....
Sementara itu, biarlah aku menangis.
Posted by angsa kayangan at 1:23:00 PM 0 comments
Friday, November 11, 2011
Kehilangan Abadi
Begitulah ku meniti liku2 kehidupanku.... bermula dgn kehilangan lelaki paling bermakna dlm hidupku... AYAH. Aku 'hilang' ayah ketika aku masih terlalu mentah...15 tahun. Baru je masuk form 3. Hilang yg tak dapat lagi di cari2.
2 tahun 9 bulan kemudian.... MAK pula menyusul. Aku kehilangan lagi! Beratnya dugaan Allah... ketika aku masih lagi berusaha untuk menerima hakikat yg ayah dah tiada! Sekelip mata... jadilah aku yatim piatu.
Begitulah seterusnya.... hilang lagi, hilang lagi & lagi.... abangku yg ke4, diikuti dgn tok, kakak yg pertama, saudara mara, jiran2 & kawan2. Termasuklah ex aku yg pertama.... (walaupun dah ex, dah ada hidup masing2...masuk jugalah senarai).
Tapi takde yg sehebat perasaan kehilangan AYAH & MAK.... itu yg paling tak tertanggung!
Terlalu banyaknya kehilangan... sehingga satu tahap, aku seperti dah 'hilang' perasaan. Dah tak rasa apa2..! Sehinggalah 2tahun lepas... aku kehilangan lagi! Tapi kehilangan kali ini bukan diiringi talkin. Kehilangan yg paling berat selepas kehilangan Ayah&Mak.
Terlalu istimewanya insan ini dalam hati & dalam hidupku. Pun... ku kategorikan kehilangan 'dia' umpama kehilangan abadi. Agar aku tidak mengharap. Agar aku tidak mati sebelum ajal... jadi biarlah aku MATIkan dia (macamlah aku boleh menafikan hakikat kan?)Tiba2 'perasaan'ku yg hilang dulu menjelma kembali.... sehingga aku menjadi terlalu perasa kini.
Kelmarin ku terima satu lagi kehilangan....ABAH. Itupun selepas 3bulan abah pergi? Dan sampai hari ini aku masih lagi menangis.Aku dah puas menangis Ya Allah! Dan aku tak nak menangis lagi. Aku tau, Allah tidak akan menduga sesuatu yg kita tak mampu. Tapi.... aku dah tak mampu sgt2. Tak mampu menerima apa2 kehilangan lagi. Cukuplah...
(tidak terniat untuk membantah ketentuanMu...astaghfirullah! ampunkan dosa2ku Ya Allah...cuma aku yg hina mohon pertolonganMu...kasihanilah aku).
p/s ** aci tak kalau aku takmo lagi sayang sape2.... agar aku tak rasa perit & pedihnya bila kehilangan derang?
Posted by angsa kayangan at 2:19:00 PM 0 comments
Sesal Tak Bertepi
Apa korang rasa bila korang teringat sgt kat seseorang & teringin nak berjumpa... tiba2 korang diberitahu yg org tersebut dah tiada! Dah pergi buat selama-lamanya!
Rasa macam gugur jantung. Tak percaya! Sukarnya untuk menerima hakikat. Itu yg aku rasa.... itu yg buat airmataku masih belum berhenti mengalir.
Aku kenal ABAH ketika aku bercinta dgn A.H...
A.H anak angkat abah. Abah syg dia mcm anak sendiri. Lama2 kami jadi mesra. Abah (& mama) anggap akupun mcm anak dia juga. Secara tak langsung aku dapat ayah & mak angkat.
Abahlah saksi kpd percintaan aku dgn A.H. Abah juga saksi kpd setiap titis airmata aku yg gugur (Ish.... aku taknak ingat pasal kisah cinta aku. Aku cuma nak mengingati abah!)
Selepas A.H pergi & tak balik2(ku panggil dia ARWAH)...aku jadi renggang dgn abah. Entah sebab apa? Mungkin sebab aku tak sanggup nak jumpa abah. Bila jumpa je, takde hal lain yg kami sebutkan..... selain pasal ARWAH(ternyata abah juga rindu sgt kat ARWAH).Atau mungkin juga aku terlalu melayan kesedihan sendiri.... hingga aku mengabaikan org sekeliling(termasuk abah). Ntahlah?
Abah tak pernah lupa ucap kat aku ketika tiba tarikh/hari2 penting.Kalau tak telefon abah akan sms. Begitu juga kalau aku lama 'menyepi'. Abah akan bagitau, dia rindu nak jumpa aku... dan aku akan pergi jumpa abah.
Tapi tahun ni abah senyap.... nak puasa takde ucapan, raya pun abah takde telefon atau sms. Aku agak abah mesti berjauh hati dgn aku. Aku abaikan aje, dan berkata dlm hati...."nantilah bila senang aku akan pergi rumah abah".
Pernah sekali lepas raya puasa,aku telefon abah, nak tanya abah ada kat rumah tak....tapi tak dapat. Lepas tu aku dah tak ingat nak telefon semula.....
Sampailah raya haji baru2 ni. Aku terasa rindu sgt nak jumpa abah. Tapi aku balik kampung berkumpul dgn adik-beradik & sanak saudaraku. Hasrat nak jumpa abah ku pendamkan dulu. Semalam aku telefon abah.... masih juga tak dapat. Mungkin abah dah tukar nombor telefon? Aku cuba telefon & bertanya seseorang yg kenal aku & abah.... jawapan yg aku terima?
"...abah awak? Haji Sharif??? Laaaaaa..... tak tau ke? abah awak dah takde....4puasa hari tu...."
Astaghfirullah!!! Kenapa takde siapa bagitau aku? Sampainya hati semua orang. Memang aku takde apa2 pertalian darah dgn abah. Tapi aku anggap dia abah.....aku panggil dia ABAH.
Macam tak percaya yg aku dah takkan dapat jumpa abah lagi!!!
Abah dah takde. Abah dah pergi buat selama-lamanya. Dan aku hanya tahu selepas 3 bulan? Aku tak dapat tengok abah buat kali terakhir pun. Salah aku! Aku yg terlalu lama tak bertanya khabar abah. Menangis airmata darah sekalipun dah tak ada gunanya.
Abah...bila abah dah takde...baru saya sedar, saya sayang abah! Ampunkan saya abah...halalkan makan & minum saya selama ni. Damai dan tenanglah abah di sana...
Posted by angsa kayangan at 8:23:00 AM 0 comments
Thursday, November 10, 2011
Kenapa ANGSA Kayangan?
yg penting aku bahagia dgn hidup aku selama ni.
Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak...apa yg aku impikan...(biasalah, bukan semua orang dapatpun apa yg derang nak).
Posted by angsa kayangan at 3:02:00 PM 0 comments
Salam Pembuka Bicara
Tiada yang lebih sopan selain Assalamualaikum... tiada yang lebih afdal selain lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Tiada permulaan tanpa percubaan. Ini percubaanku yang pertama....harapnya bukanlah yang terakhir.
Apa yang pasti aku tidak berblog untuk orang lain, melainkan untuk diri sendiri... untuk mengisi masa lapang... untuk meluahkan rasa hati...
semoga aku bahagia.... tanpa membuat orang lain derita
amin.
Posted by angsa kayangan at 2:21:00 PM 0 comments
